Keahlian PRESMA

Keahlian PRESMA terbuka untuk kepada para pengusaha Restoran Muslim di Malaysia.

Semua pengusaha restoran, kafe dan katering, yang majikannya beragama Islam, boleh menjadi ahli PRESMA

Semua jenis Restoran Muslim digalakkan menjadi ahli kami dan bergabung bawah satu payung.

Setiap cawangan yang didaftarkan akan diberikan nombor pendaftaran dan sijil.

Para ahli digalakkan pamerkan sijil keahlian PRESMA di premis masing masing. senang dikenali oleh para pelanggan, sebagai ahli PRESMA.

Para ahli boleh menyatakan nombor keahlian mereka apabila berurusan dengan pejabat PRESMA.

Yuran tahunan untuk setiap cawangan adalah RM 100.

Para ahli perlu memperbaharui sijil setiap tahun.

Para pengusaha juga diminta sentiasa
Kemaskinikan butiran cawangan sekiranya ada perubahan alamat atau nombor telefon.

Pengurusan PRESMA sentiasa cuba sedaya upaya untuk membawa masalah masalah yang dihadapi oleh para ahlinya kepada kerajaan.

Untuk menjadi ahli, pengusaha perlu memberikan

  • SSM
    Sendirian Berhad : Borang 49, 9 dan 13 ( Jika ada )
    Enterprise : Perakuan perniagaan, butiran majikan dan butiran perniagaan.
  • Lesen Premis
  • Salinan Kad Pengenalan majikan dan rakan kongsi
  • No Telefon setiap cawangan
  • No Telefon majikan
  • Alamat e-mel

 

Keahlian