Mengenai Kami

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia

PRESMA ialah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk mewakili pengusaha pengusaha industri pemakanan Muslim di Malaysia. PRESMA bertujuan untuk menjaga kebajikan pengusaha, menjalinkan satu hubungan mesra dengan badan badan kerajaan dan persatuan persatuan lain yang berkenaan.

PRESMA ditubuhkan pada tahun 1993 dengan niat murni untuk menyatukan pengusaha pengusaha retoran Muslim di Malaysia, dalam usaha untuk mempertengahkan segala isu yang dihadapi oleh pengusaha kepada badan kerajaan. Bermula pada tahun itu juga, PRESMA dengan sokongan ahli ahli telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dan isu yang dihadapi oleh pengusaha. PRESMA juga telah berjaya menjalin satu hubungan yang baik dan mesra dengan pelbagai badan kerajaan.

Dari ahli permulaan lebih kurang 100 , hari ini PRESMA dengan bangganya dianggotai oleh lebih dari 3500 pengusaha restoran Muslim di Malaysia dan PRESMA juga telah mempunyai bangunan sendiri, WISMA PRESMA di ibu kota.


Visi dan Objektif PRESMA

  1. Melindungi, mempromosi dan memajukan perniagaan Restoran Muslim

  2. Menjalinkan satu hubungan yang ikhlas di antara pengusaha dengan pengeluar bahan mentah, penjual borong dan pelanggan Restoran Muslim

  3. Mendapatkan nasihat dari badan-badan kerajaan berkenaan industri

  4. Berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara melalui peluang pekerjaan
Visi dan Objektif PRESMA

Mengenai Kami

JAWATANKUASA PRESMA SESI 2022/2025

JAWATANKUASA PRESMA SESI 2022/2025