Penalti dalam sistem MySST

Para ahli PRESMA, Untuk mengetahui Penalti dalam sistem MySST atas kelewatan bayaran cukai bagi tempoh bercukai SST yang termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anda boleh layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my/Highlights Muat Turun : MAKLUMAN OPERASI DAN PERKHIDMATAN JKDM SEMASA PKP3 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam DIraja Malaysia,
  • 1300 888 500
  • 03-7884 0800
atau layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my    

Aspirasi

Aspirasi ialah platform di bawah naungan Axiata Digital yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital. Axiata Digital menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan secara digital, seperti pembiayaan mikro dan insurans mikro, bagi membantu semua kelompok masyarakat dalam mencapai matlamat perniagaan dan hidup mereka. Para ahli PRESMA boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan pinjaman bantuan kewangan untuk meringankan beban kewangan anda Sila klik di sini untuk memohon. ( Hanya untuk ahli PRESMA ) Muat turun risalah di sini Digital Financing | Product Snapshot Semoga berjaya

Garis Panduan untuk restoran semasa PKPB

Para pengusaha restoran yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, perlulah mematuhi segala perintah oleh kerajaan. Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) Garis panduan dan SOP – Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja – Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial  sekurang-kurang 1 meter – Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja – Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial. Para pengusaha restoran di Selangor boleh merekodkan kehadiran pelanggan melalui QR code. Sila layari http://www.selangkah.my/ untuk mendaftar premis anda. Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan panduan untuk dipatuhi oleh restoran semasa PKPB ini. Para pengusaha restoran boleh mendapatkan maklumat dari MKN untuk dipatuhi di premis mereka. Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali  meminta para ahlinya supaya sentiasa memantau para pekerja mereka, dan mengingati mereka supaya mematuhi peraturan. Beliau juga meminta semua ahlinya supaya mengingatkan pekerja mereka sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan melukis garis di atas lantai untuk penjarakan sosial. Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-anda-pengendali-makanan-ini-sop-dan-garis-panduan-yang-perlu-dipatuhi-241050 [ Astro Awani ] https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pembukaan-semula-ekonomi/ [ Majlis Keselamatan Negara ] https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/2020/SOP/03_SOP_SEKTOR_MAKANAN_KWP.pdf [ Jabatan Penerangan ]
   

Pembukaan semula kaunter Imigresen

Para majikan yang ingin berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia, perlulah mendapatkan temujanji dahulu sebelum pergi ke kaunter. Sila layari laman web  https://esd.imi.gov.my/portal/latest-news/announcement/announcement-appointment-esd-rpt/ Pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000. Bilik Gerakan Imigresen  Panggil 03 8880 1555 / Panggil 03 8880 1556 Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen https://www.facebook.com/imigresen/ Kementerian Dalam Negeri | https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/

Bank Rakyat dan PRESMA bekerjasama bagi meningkatkan hubungan perniagaan

KUALA LUMPUR, 1 April  — Kumpulan Bank Rakyat telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bagi memulakan kerjasama menang-menang dalam hubungan perniagaan yang strategik. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan keupayaan masing-masing, terutamanya semasa wabak COVID-19. “Memandangkan perniagaan tempatan dalam industri makanan dan minuman telah mengecilkan operasi mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, MoU ini membolehkan bank mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menyokong kira-kira 4,000 anggota PRESMA dalam mendapatkan akses kepada Dana Bantuan Khas Bank Negara Malaysia serta Program Pembiayaan Khas Bank Rakyat (BizCare),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, kerjasama tersebut juga akan membolehkan kedua-dua pihak membentuk hubungan perbankan yang erat, dengan itu meningkatkan promosi mengenai produk komersial dan runcit bank serta perkhidmatannya di kalangan anggota PRESMA. “Inisiatif ini adalah sejajar dengan komitmen bank untuk membangunkan sistem perbankan Islam yang komprehensif, yang akan menyumbang kepada proses pertumbuhan secara menyeluruh termasuk pembangunan bagi masyarakat, negara dan planet ini,” tambah Rosman. Menurut beliau lagi, Bank Rakyat baru-baru ini telah melancarkan kempen BizCare, menawarkan kemudahan pembiayaan bernilai RM300 juta untuk membantu para usahawan mengekalkan perniagaan mereka dalam masa-masa yang mencabar.
Kempen selama enam bulan itu bermula dari 23 Mac hingga 30 Sept 2020. — BERNAMA
Sumber : https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1827524

MAKLUMAN SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

MAKLUMAN SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA PUASA, PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2019

Dimaklumkan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailMenteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2019 pada 15 Mei 2019 (Rabu) bertempat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya.

Skim ini akan berkuat kuasa :

SHMMP Hari Raya Puasa – 21 Mei hingga 19 Jun 2019 (15 hari sebelum, pada hari perayaan dan 14 hari selepas hari perayaan)

SHMMP Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan Sahaja) – 23 Mei hingga 5 Jun 2019 (7 hari sebelum, pada hari perayaan dan 6 hari selepas perayaan)

SHMMP Hari Gawai (Sarawak Sahaja) – 25 Mei hingga 7 Jun 2019 (7 hari sebelum, pada hari perayaan dan 6 hari selepas perayaan)

4Sehubungan itu, bersama ini disertakan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2019  untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sila hubungi Tuan Zamri bin Bahawi di talian 03-8882 6771 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

 

(a) PKHA (Penentuan Harga Maksimum) (No 2) 2019 – PESTA KAAMATAN (BORONG & RUNCIT)

  (B) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum)-HRP (BORONG & RUNCIT)   (c) PKHA (Penentuan Harga Maksimum) (No 3) 2019 GAWAI (BORONG & RUNCIT)
 

LAWATAN PRESMA KE PERKESO

LAWATAN PRESMA KE PERKESO Pada 29/ Januari /2019 10:00 Pagi Masyuarat ini di Pegurusikan oleh Dato’Sri Dr.Mohammed Azman Turut hadir bersama , Timbalanya En John dari Bahagian Tuntutan dan Bahagian Guaman Penjelasan yang diberikan oleh Dato Sri 1. CARUMAN PERKESO Ia bukan seperti insuran, ia merupan satu skim yang membantu pekerja asing yang kerja di Malaysia. Sekiranya seseorang pekerja itu meninggal dunia semasa bekerja, warisnya akan dapat pampasan selagi waris itu hidup Jika pekerja asing terlibat dalam kemalangan atau menghidap penyakit, beliau akan dapat pampasan. Pekerja yang hilang keupayaan kerja juga akan mendapat pampasan. 2. CARUMAN MAJIKAN Majikan perlu bayar 1.25% daripada gaji pekerja ,setiap bulan, sebagai caruman. Sekiranya pekerja PERGI bercuti atau lari dari tempat kerja, majikan tidak perlu bayar caruman tersebut. 3 PENERANGAN PERKESO KEPADA AHLI PRESMA Perkeso bercadang untuk berkerjasama dengan PRESMA, untuk mengadakan taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat, Negeri negeri yang terlibat adlaah Kuala Lumpur dan Selangor Penang ,Kedah dan Perlis Perak Melaka dan Negeri Sembilan Johor 4) Ahli PRESMA wajib berdaftar dengan PERKESO . Daftar percuma. 5) Caruman perlu dibayar dari 1-15 haribulan setiap bulan Untuk maklumat lanjut, para ahli PRESMA boleh layari laman web https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/perlindungan-perkeso-untuk-pekerja-asing 

Perjumpaan khas

Para ahli PRESMA. Kini restoran India Muslim sering menghadapi pelbagai masalah. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas dengan para ahli akan diadakan untuk membincangkan cara untuk mengatasinya. Tarikh : 23/01/2019 (Hari Rabu) 🕒 Masa : 3:00 Petang 📍 Tempat : Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/EAdiFuX2HbK2 ( Lokasi ) Untuk membincangkan Isu isu semasa . para ahli diminta hadir untuk mesyuarat ini. Terima Kasih.