Dato Jawahar Ali, Presiden PRESMA
Presiden PRESMA merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan barisan jemaah menteri baru Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Kami yakin Malaysia akan terus maju ke arah pembangunan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan, usaha dan doa-doa yang akhirnya termakbul.
Pimpinan baru ini akan
membawa pembaharuan yang memberi manfaat kepada rakyat dan dapat membawa kesejahteraan serta keharmonian kepada rakyat.
Kami juga yakin perusahaan restoran akan terus maju ke hadapan dengan kepimpinan YAB.
Kami dengan sukacitanya memberikan sokongan penuh kepada pimpinan YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM yang bakal membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia.
Semoga Malaysia maju ke hadapan dan Malaysia dan dipandang tinggi oleh dunia.
Turut mengucapkan tahniah atas pelantikan
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
dan juga semua menteri dan timbalan menteri yang akan berkhidmat untuk negara yang tercinta.