Faedah Ahli PRESMA
Dengan menjadi ahli, anda telah menyumbangkan suara dan pengalaman anda. Anda komited untuk bersama dengan PRESMA untuk berjuang bagi menjayakan industri restoran Muslim di Malaysia.
Ahli-ahli akan diberikan sijil keahlian setiap tahun untuk dipaparkan di lokasi perniagaan dan layak menikmati faedah pelbagai perkhidmatan PRESMA termasuk dalam usaha mendapatkan pekerja, kemaskini berita industri, latihan dan pendidikan, pengiktirafan, peluang ‘networking’ beramah mesra dengan ramai pengusaha pengusaha senior yang telah berjaya dalam perniagaan restoran, komunikasi dengan badan badan kerajaan serta banyak lagi.