Masalah pekerja asing berlanjutan
Kuala Lumpur, 5 Mei -Haji Ayoob Khan , presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, berkata , para pengusaha Restoran India Muslim sedang menghadapi masalah pekerja. Sudah setahun kerajaan baru mengambil alih, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan para pengusaha menghadapi kesukaran katanya.
Beliau berkata lagi, kami telah menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia, tetapi tiada penyelesaian dicapai. Masalah kekurangan pekerja mengakibatkan banyak restoran India Muslim ditutup di seluruh negara.
Pekerja asing diperlukan di restoran India juga.
Dalam perbincangan tentang masalah ini, kami difahamkan akan diberikan gantian untuk pekerja yang pulang ke negara asal setelah bekerja selama 10 tahun di Malaysia. Tetapi gantian masih belum diperolehi sehingga kini.
Kami telah mengkaji selidik masalah pekerja di seluruh Malaysia dan serahkan memorandum kepada kerajaan. Namun tiada jawapan diterima.
Ramai perniagaan yang terjejas akibat masalah kekurangan pekerja dan para majikan tidak tahu apa perlu dilakukan.
Kerajaan mesti memberikan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.
Demikian dikatakan oleh Haji Ayoob Khan.
Tags: isu pekerja
Trackback from your site.