PROGRAM TAKLIMAT SKIM BENCANA KERJA – PEKERJA ASING (SBKPA) 2019
PROGRAM TAKLIMAT SKIM BENCANA KERJA – PEKERJA ASING (SBKPA) 2019 Telah dianjurkan oleh PERKESO dengan kerjasama pihak PRESMA untuk manfaat para ahli. Program ini diadakan pada 25hb Februari 2019 .
Pendaftaran bermula pada 9:00 pagi bertempat di Wisma PERKESO, Tingkat 18, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Penjelasan diberikan seperti berikut:
- Setiap Majikan perlu mendaftarkan pekerja asing selepas tamat tempoh matang SPPA.
- Tarikh pelaksanaan pendaftaran PERKESO adalah mulai Januari 2019.
- Kadar Caruman pekerja asing adalah 1.25% daripada gaji bulanan.
- Pampasan Kemalangan Pekerja Asing akan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan/ menghidap penyakit yang hanya membabitkan perkerjaan sahaja.
- PERKESO mengingatkan adalah mustahak untuk menamakan pewaris yang akan menerima pampasan. Pewaris mesti dinamakan semasa pendaftaran.
- Pampasan akan dibayar oleh PERKESO selagi waris masih hidup.
- Pihak Majikan perlu berdaftar dengan PERKESO
- melalui laman web ASSIST PERKESO
- ataupun datang sendiri ke Wisma PERKESO tingkat 17 untuk diberi khidmat penjelasan dan panduan
- Pihak PERKESO tidak akan bayar balik caruman jika perkerja asing gagal melepasi pemeriksaan FOMEMA
Tags: pekerja asing, Perkeso, taklimat
Trackback from your site.