Posts Tagged ‘isu pekerja’

Isu pekerja asing : MAICCI berjumpa dengan 20 persatuan

MAICCI, Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce & Industry sedang bersedia untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri berkenaan isu pekerja asing, setelah berbincang dengan empat menteri dari masyarakat India. Perusahaan India telah menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan lebih dari 10 kementerian. Kajian juga telah dibuat di seluruh negara , oleh kerajaan berkenaan isu ini , selama lapan bulan. Menurut Presiden MAICCI, Datuk N. Gobalakrishnan, walaupun pelbagai tindakan sedang diambil untuk menyelesaikan isu pekerja asing yang menjadi masalah besar kepada industri masyarakat India, keengganan kerajaan untuk melihat kepada masalah kami, adalah meyedihkan. Jadi, kami ingin menjemput pengusaha India dan berbincang dengan 4 menteri India salam satu mesyuarat. Kami cadangkan untuk menyerahkan hasil perbincangan mesyuarat sebagai memorandum kepada perdana menteri.Mesyuarat ini akan diadakan pada 11 Jun 2019, pada pukul 6 petang di Dewan Kandiah, Brickfields. Demikian dikatakan oleh beliau dalam satu perjumpaan dengan lebih 20 persatuan perusahaan India, di ibu pejabat MAICCI. Beliau berkata lagi, jika sebelum ini, kerajaan telah mengesan kesilapan dalam memberikan kelulusan pekerja asing di bawah persatuan, sistem itu tidak perlu digunakan di masa depan. Adalah lebih baik jika para majikan dibolehkan memohon sendiri ,pekerja dari kerajaan. Kami pun bersetuju dengan sistem ini. Hasil perbincangan sesi diolog ini akan diserahkan kepada perdana menteri , menteri dalam negeri, menteri sumber manusia, menteri KPDNHEP dan YB Waytha Moorthy  Akhbar Malaysia Nanban, 28 Mei 2019  

Masalah pekerja asing berlanjutan

Kuala Lumpur, 5 Mei -Haji Ayoob Khan , presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, berkata , para pengusaha Restoran India Muslim sedang menghadapi masalah pekerja. Sudah setahun kerajaan baru mengambil alih, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan para pengusaha menghadapi kesukaran katanya. Beliau berkata lagi, kami telah menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia, tetapi tiada penyelesaian dicapai. Masalah kekurangan pekerja mengakibatkan banyak restoran India Muslim ditutup di seluruh negara. Pekerja asing diperlukan di restoran India juga. Dalam perbincangan tentang masalah ini, kami difahamkan akan diberikan gantian untuk pekerja yang pulang ke negara asal setelah bekerja selama 10 tahun di Malaysia. Tetapi gantian masih belum diperolehi sehingga kini. Kami telah mengkaji selidik masalah pekerja di seluruh Malaysia dan serahkan memorandum kepada kerajaan. Namun tiada jawapan diterima. Ramai perniagaan yang terjejas akibat masalah kekurangan pekerja dan para majikan tidak tahu apa perlu dilakukan. Kerajaan mesti memberikan penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Demikian dikatakan oleh Haji Ayoob Khan.