Author Archive

AstroBiz – Pakej Baharu BizOne

Gandakan Pelanggan Anda Dengan BizOne!

Kepada semua ahli PRESMA yang dihormati,

Memperkenalkan produk terbaharu dari Astro Biz khas untuk ahli-ahli PRESMA. Kini harga bukan lagi penghalang untuk anda menghidangkan hiburan terbaik di premis anda. Dengan BizOne,
  1. Anda tidak lagi terikat dengan kontrak 24 bulan. Kontrak kini hanya 12 bulan sahaja.
  2. Anda tidak perlu lagi memilih saluran sukan. BizOne akan berikan kesemua saluran sukan kepada anda.
  3. Anda juga tidak perlu bayar lebih untuk menonton saluran lain; kami akan berikannya kepada anda dengan harga yang berpatutan.
Bukan itu sahaja, khas untuk ahli-ahli PRESMA SAHAJA:
  1. Anda dapat 20 tempat duduk percuma. Ini bersamaan dengan potongan sebanyak RM200.
  2. Anda juga akan dapat 2% diskaun rebat dari jumlah bil bulanan anda jika mendaftar auto-debit sebagai mod bayaran bulanan.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menggandakan pelanggan anda dengan BizOne. Daftar sekarang dan nikmati manfaat eksklusif ini! Untuk maklumat lanjut, hubungi kami atau layari laman web kami di SINI        

WiFi Kencang, Bisnes Pun Senang!

Zaman sekarang, lepak mamak bukan saja makan dan minum, malah lebih lagi. Semua nak online, nak striming dan macam-macam lagi sambil minum teh tarik. Bila pelanggan makin ramai, anda perlukan line WiFi yang kencang supaya tak rosak mood pelanggan yang tengah layan TikTok. Memang banyak pelan internet di luar sana, tetapi tiada yang boleh kalahkan kelajuan BIZfibre ini.   Di BIZfibre, pelan internet kami semua lebih kencang dengan harga yang tak masuk akal. Tak percaya? Jika anda mendaftar  pelan kandungan kami yang sedia ada, anda boleh dapatkan pelan internet sekencang 500Mbps dengan harga RM199 sahaja.    

Lebih Jimat, Lebih Nilai!

“Mamak, tolong buka TV, ada live bola malam ni!”

Bila buka, tiba-tiba skrin gelap. Kemudian, keluar mesej minta membuat bayaran bulanan kerana tertunggak.

Anda pernah mengalami peristiwa di atas? Agak mengecewakan, bukan? Jika anda ingin mengelakkan kejadian sama berulang, jom daftar dengan pembayaran bulanan secara debit terus yang dijamin selamat. Anda juga tidak perlu risau jika terlepas tarikh pembayaran bil bulanan kerana proses ini adalah secara automatik. Malah, anda juga boleh menikmati bil rebat 2% dari jumlah bil bulanan apabila mendaftar auto-debit bersama BizOne Menarik, kan? Jimat lebih banyak bila anda membayar bil dan anda tidak perlu risau lagi tentang pembayaran lewat. Bagaimana untuk mendaftar? Sila rujuk di sini

In support of copyrighted content

PRESMA and PRIMAS laud High Court’s ruling on broadcast of unauthorised content at commercial premises PERSATUAN Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) and Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) lauded the landmark ruling by the KL High Court against a local commercial premises for showing copyrighted works of sports and entertainment content without the consent of the Premier League and Astro, thereby committing an act of copyright infringement under Section 36 of the Copyright Act, 1987. Read More >>

Tahniah atas perlantikan PM

Dato Jawahar Ali, Presiden PRESMA

Presiden PRESMA merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan barisan jemaah menteri baru Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10.  
Kami yakin Malaysia akan terus maju ke arah pembangunan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan, usaha dan doa-doa yang akhirnya termakbul.
Pimpinan baru ini akan
membawa pembaharuan yang memberi manfaat kepada rakyat dan dapat membawa kesejahteraan serta keharmonian kepada rakyat.
Kami juga yakin perusahaan restoran akan terus maju ke hadapan dengan kepimpinan YAB.
Kami dengan sukacitanya memberikan sokongan penuh kepada pimpinan YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM yang bakal membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia.

Semoga Malaysia maju ke hadapan dan Malaysia dan dipandang tinggi oleh dunia.

Turut mengucapkan tahniah atas pelantikan
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
 YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL Menteri Dalam Negeri
YB TUAN SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU
Menteri Sumber Manusia
YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
dan juga semua menteri dan timbalan menteri yang akan berkhidmat untuk negara yang tercinta.

Penalti dalam sistem MySST

Para ahli PRESMA, Untuk mengetahui Penalti dalam sistem MySST atas kelewatan bayaran cukai bagi tempoh bercukai SST yang termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anda boleh layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my/Highlights Muat Turun : MAKLUMAN OPERASI DAN PERKHIDMATAN JKDM SEMASA PKP3 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam DIraja Malaysia,
  • 1300 888 500
  • 03-7884 0800
atau layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my    

Yuran Keahlian

Para ahli yang ingin mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar, sila isikan borang di bawah. SIla isikan Nama majikan, nama restoran dan no SSM. Nombor keahlian, jika ada. Kami akan membalas dalam masa 3 hari bekerja. [ninja_form id=5]

Aspirasi

Aspirasi ialah platform di bawah naungan Axiata Digital yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital. Axiata Digital menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan secara digital, seperti pembiayaan mikro dan insurans mikro, bagi membantu semua kelompok masyarakat dalam mencapai matlamat perniagaan dan hidup mereka. Para ahli PRESMA boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan pinjaman bantuan kewangan untuk meringankan beban kewangan anda Sila klik di sini untuk memohon. ( Hanya untuk ahli PRESMA ) Muat turun risalah di sini Digital Financing | Product Snapshot Semoga berjaya