LAWATAN PRESMA KE PERKESO
Pada 29/ Januari /2019
10:00 Pagi
Masyuarat ini di Pegurusikan oleh Dato’Sri Dr.Mohammed Azman
Turut hadir bersama , Timbalanya En John dari Bahagian Tuntutan dan Bahagian Guaman
Penjelasan yang diberikan oleh Dato Sri
1. CARUMAN PERKESO
Ia bukan seperti insuran, ia merupan satu skim yang membantu pekerja asing yang kerja di Malaysia. Sekiranya seseorang pekerja itu meninggal dunia semasa bekerja, warisnya akan dapat pampasan selagi waris itu hidup
Jika pekerja asing terlibat dalam kemalangan atau menghidap penyakit, beliau
akan dapat pampasan. Pekerja yang hilang keupayaan kerja juga akan mendapat pampasan.
2. CARUMAN MAJIKAN
Majikan perlu bayar 1.25% daripada gaji pekerja ,setiap bulan, sebagai caruman.
Sekiranya pekerja PERGI bercuti atau lari dari tempat kerja, majikan tidak perlu bayar caruman tersebut.
3 PENERANGAN PERKESO KEPADA AHLI PRESMA
Perkeso bercadang untuk berkerjasama dengan PRESMA, untuk mengadakan taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat, Negeri negeri yang terlibat adlaah
Kuala Lumpur dan Selangor
Penang ,Kedah dan Perlis
Perak
Melaka dan Negeri Sembilan
Johor
4) Ahli PRESMA wajib berdaftar dengan PERKESO . Daftar percuma.
5) Caruman perlu dibayar dari 1-15 haribulan setiap bulan
Untuk maklumat lanjut, para ahli PRESMA boleh layari laman web
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/perlindungan-perkeso-untuk-pekerja-asing
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Semua pemilik premis perniagaan persendirian secara sukarela boleh memohon untuk menjadikan premis mereka sebagai kawasan bebas merokok, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Dr Lee berkata permohonan boleh dibuat kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan penguatkuasa kesihatan mengambil tindakan terhadap mereka yang merokok di kawasan premis mereka.
“Kami menerima banyak aduan daripada pemilik premis bersebelahan atau berhadapan premis makanan, yang ada perokok merokok di hadapan premis mereka.
“Jika mereka (pemilik premis) tidak mahu perokok merokok di kawasan premis mereka, pemilik boleh memohon kepada kementerian untuk designate premis mereka sebagai kawasan larangan merokok, ” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Pusat Perkhidmatan Jantung Hospital Tung Shin di sini, hari ini.
Beliau berkata minggu lepas, lebih 100 premis perniagaan di Sabah menerima Anugerah Sijil Reben Biru dari Kementerian Kesihatan selepas secara sukarela membuat permohonan untuk kawasan perniagaan mereka diisytihar sebagai kawasan bebas merokok.
“Hotel dan homestay juga boleh memohon untuk menjadikan seluruh kawasan hotel sebagai bebas dari asap rokok,” katanya.
Mengulas mengenai penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang berkuatkuasa sejak 1 Jan lepas, Dr Lee berkata setakat ini penguatkuasaan itu dilihat berkesan.
“Setakat ini kami tidak mengeluarkan saman, tetapi kami hanya bagi mereka surat amaran sekiranya didapati merokok di kawasan larangan,” katanya.
— BERNAMA
Para ahli PRESMA.
Kini restoran India Muslim sering menghadapi pelbagai masalah.
Sehubungan itu, satu perjumpaan khas dengan para ahli akan diadakan untuk membincangkan cara untuk mengatasinya.
Tarikh : 23/01/2019 (Hari Rabu)
🕒
Masa : 3:00 Petang
📍
Tempat : Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, Kuala Lumpur
https://goo.gl/maps/EAdiFuX2HbK2 ( Lokasi )
Untuk membincangkan Isu isu semasa . para ahli diminta hadir untuk mesyuarat ini. Terima Kasih.
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan ke atas beberapa restoran di sekitar Kuala Lumpur, untuk memastikan pemilik restoran tersebut adalah Muslim.
Ini berikutan berita yang tular di laman media sosial berkenaan restoran yang tidak dimiliki Muslim, menggantungkan ayat ayat al Quran di premis mereka.
Berita penuh :
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/412940/buru-restoran-mamak-palsu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen menjelaskan bahawa semua tempat makan di seluruh negara termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan boleh menggunakan tong gas Gas Petroleum Cecair (LPG) yang diberikan subsidi kerajaan.
Para ahli diminta memaparkan papan tanda dilarang merokok di premis mereka mulai 1 Januari 2019.
Ukuran : lebar 40 X panjang 50 CM
Papan tanda ini mestilah dipaparkan sekurang kurangnya sekeping di sebuah restoran.
Para pelanggan yang ingin merokok, perlu berada sejauh 3 meter dari restoran.
Vape dan Shisa yang tidak bernikotin dibenarkan di restoran.
Para pengusaha yang tidak memaparkan papan tanda di premis mereka, boleh dikenakan tindakan undang undang.
Kelab Rakan Muda PRESMA akan dilancarkan tidak lama lagi. Pada 10 hb Mac 2018, satu perjumpaan bersama para belia India Muslim telah diadakan di Wisma Presma, Sentul, bagi mendapatkan pendapat para belia tentang menceburi perniagaan restoran.